What is STAM?

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera semua. Diharapkan semua pembaca berada dalam keadaan sihat fizikal, mental dan iman. Beberapa minggu lepas, keputusan STAM 2016 telah keluar dan alhamdulillah keputusan saya okay. Jadi, saya nak bercerita serba sikit tentang STAM. Dengan lafaz bismillah saya mulakan: STAM ialah singkatan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia. Mengikut kebiasaan, sesiapa yang ingin menyambung pelajaran ke Mesir dalam bidang agama amatlah digalakkan untuk ambik STAM. Kalau nak sambung bidang selain agama di Malaysia selepas STAM pun boleh, tetapi program yang ditawarkan untuk bidang agama adalah lebih banyak. Tempoh belajar: Bergantung kepada sekolah atau institusi. Ada institusi pelajaran yang menawarkan selama setahun dan ada yang 2 tahun Subjek yang ditawarkan dalam STAM: 1-Hifz Al-Quran dan Tajwid 2-Fiqh 3-Tauhid dan Mantiq 4-Tafsir dan ulumuhu 5-Hadith dan mustolah 6-Nahu dan Sarf 7-Insya dan Mutalaah 8-Adab dan Nu...